Wali Allah itu bukanlah sifatnya suka kentut depan orang atau melanggar sebarang syariat yang telah ditetapkan oleh-Nya.
Wali Allah ialah orang yang beriman lagi bertakwa.
أَلَآ إِنَّ أَوۡلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ (*) ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَڪَانُواْ يَتَّقُونَ
“Ketahuilah! Sesungguhnya para wali Allah itu tiada kebimbangan (daripada sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak berdukacita. (Para wali Allah itu ialah) orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa” [Yunus: 62-63].
Siapa itu orang yang beriman lagi bertakwa?Iaitu orang yang sentiasa merasakan pengawasan Allah SWT dan sentiasa takutkan azab-Nya, lalu dia bersungguh-sungguh berusaha menjauhi larangan-Nya serta mematuhi perintah-Nya.
Namun darjat kewalian (iman dan takwa) muslim itu berbeza-beza:
i. Ada yang menzalimi diri sendiri dengan banyak maksiat dan sangat kurang kebaikannya.
ii. Ada yang sekadar sederhana amalannya dan tidak begitu kental menjauhi maksiat.
iii. Ada pula yang bersungguh-sungguh mengejar amal soleh baik yang wajib atau sunat dan bersungguh-sungguh menjauhi dosa baik yang besar atau kecil.
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ
“Kemudian Kami jadikan al-Quran itu diwarisi oleh mereka yang Kami pilih dalam kalangan hamba Kami. Maka ada di antara mereka yang berlaku zalim terhadap dirinya sendiri, dan ada di antara mereka yang bersikap sederhana, dan ada pula di antara mereka yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan” [Fatir: 32].
Jadilah wali Allah yang sifatnya berlumba-lumba mengejar kebaikan, bukan dengan kentut-kentut depan orang atau memenuhi ketagihan syahwat diri sendiri.
Sumber asal: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=3376886039206278&id=1743258955902336