Dulu setiap kali sesi Dawratul Hadith, Maulana Muhammad Asri Yusoff ( MMAY ) hafizahullah akan mengingatkan kami :

“Hadirnya kita atas muka bumi ini adalah untuk menyampaikan kebenaran, kebenaran sepertimana yang dikehendaki oleh tuan punya agama iaitu Allah ﷻ,

Kalau hidup sekadar nak ikut kehendak masyarakat, mencari pujian-pujian mereka atau menagih habuan yang sementara, Maka ana rasa tidak perlu lagi bersusah-susah belajar sampai Dawratul Hadith Ini atau belajar sampai PhD pengajian Islam, cukuplah dengan menjadi pak turut dan mengangguk saja setiap apa yang dikata.

Nak jadi tukang angguk ni tak susah mana pun, Antum nak sijil banyak mana, kita boleh cetak banyak-banyak, antum nak duit banyak mana, kita boleh pakat kutip derma,

Tapi apa yang penting adalah, pastikan setiap ucapan yang keluar dari mulut kita, sesuai dengan kehendak Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ.

Setiap perbuatan kita pastikan tidak lari dari apa yang telah ditunjukkan oleh wahyu.

Selain beribadah kepada Allah ﷻ, inilah antara tujuan utama kehadiran kita ke dunia ini.”

Sumber: FB Page Maulana Muhammad Asri Yusoff