Pengalaman Maulana Muhammad Asri Yusoff hafizahullah :
“ Buat para pelajar, berkenaan soalan bagaimana melahirkan keseronokan dalam membaca, masing-masing ada cara yang tersendiri, tapi pada ana :
Dalam apapun yang kita inginkan, keseronokan itu tidak datang bergolek. Ia datang bersama waktu. Semuanya memakan masa.
Untuk melahirkan keseronokan dalam membaca, terlebih dahulu mulakan dengan membaca buku/novel dalam bahasa ibunda kita.
Sebab itu kanak-kanak pun boleh tenggelam, penuh minat baca novel, berilah novel apapun, mereka akan selesaikan pembacaan dalam masa yang singkat.
Sebab itu jugalah, ada yang sampai menangis tersedu-sedu membaca novel, terutamanya orang perempuan. Sebab mereka faham molek bahasa mereka.
Ana juga begitu dulu, baca novel-novel yang tebal-tebal. Walaupun nakal dan banyak bermain pun, ana tetap membaca.
Tapi hari ini, kalau orang hadiah novel yang tebal-tebal kepada ana, rasanya tak mahu dah. Sebab ana rasa buang masa.
Dari situlah baru ana tahu, rupanya keseronokan ni ada banyak peringkat, dan ia sangat berkait dengan ilmu, berkait dengan umur, berkait dengan pengalaman,
Tapi kalau diletakkan Sahih al-Bukhari didepan, bila Allah SWT beri kemampuan untuk membaca dan mensyarahkannya, lahirlah perasaan seronok yang luar biasa.
Apa lagi, guru ana Maulana Mufti Wali Hasan at-Tonki pernah sebut “ Sahih al-Bukhari ni makin dibaca, ditelaah dan dikaji, kita akan dapat banyak benda baharu “.
Memang betul apa yang guru ana beritahu, 4-5 jam mengadap al-Bukhari pun ana tak rasa bosan. Sebab ana dapat rasa keseronokan tu.
Dan untuk mendapat keseronokan begini, tentunya kena ada ilmu alat yang cukup. Tanpa ilmu alat Bahasa Arab yang cukup, keseronokan itu tidak akan hadir.
Nasihat ana, para pelajar kalau dapat memahami Bahasa Arab sepertimana kalian memahami bahasa ibunda kalian, insyaAllah ana yakin kalian akan dapat banyak manfaat.
Lebihkan usaha, paksakan diri untuk kemaskan ilmu alat secepat mungkin, insyaAllah keseronokan itu akan hadir dalam diri dengan lebih cepat. “
Moga Allah SWT memberi kepada kita kerajinan untuk berbakti kepada agama ini. Ameen.
Sumber: https://www.facebook.com/MMAYUSOFF/posts/6024591710945823