KANGAR: Perlis membenarkan ibadah korban sempena Aidiladha dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan hanya boleh dilakukan di pusat sembelihan.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah semua masjid hanya dibenarkan untuk mengelola ibadah korban manakala pelaksanaan oleh agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) adalah tertakluk kepada keadaan penularan dan perkembangan wabak semasa.

“Pelaksanaan ibadah korban (penyembelihan haiwan korban) hanya boleh dilakukan di rumah sembelihan milik kerajaan dan swasta serta premis persendirian yang mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Perlis dan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs),” titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ibadah-korban-dibenarkan-di-perlis-dengan-pematuhan-sop-303953