Loading

(satu coretan atas pemergian Ustazah Rabiatul Adawiyah Hj. Ahmad)

Beberapa hari lepas saya mendapat berita kematian seorang yang pernah membantu saya dalam dakwah. Orang yang sumbangannya ketika itu bermakna. Orang yang telah lama saya tidak berhubung dengannya. Walaupun setiap kali terlintas namanya, saya teringat kepada sumbangannya. 

Mengenangkan pemergian beliau, saya ingin coretkan nota ringkas kenangan bermula 20 tahun yang lepas:

๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ

Apabila pulang dari Jordan, saya menyambung MA di USM. SS Mufti Pulau Pinang sekarang merupakan penyelia MA saya. Ketika itu kemampuan kewangan saya terbatas. Mahu potostat kertas tesis pun satu bebanan bagi saya. Selepas tamat MA, saya mendapat tawaran sambung belajar di Kolej al-Imam al-โ€˜Auzaโ€™i, di Lebanon. Orang kerana saya tidak mempunyai wang, sedangkan tawaran itu hanya untuk yuran percuma sahaja, maka saya memerlukan bantuan pembiayaan kehidupan di sana. Saya diterima sebagai fellow oleh USM. Saya boleh sambung belajar, tapi USM ketika itu hanya membenarkan dalam negara sahaja.

Memandangkan saya ingin menulis dalam Bahasa Arab dan belajar dengan tokoh-tokoh Arab, maka hanya UIAM pilihan saya. Ketika itu ramai tokoh-tokoh ilmuwan luar negara yang mengajar di UIAM. Di samping itu, tokoh-tokoh ilmuwan antarabangsa juga sering bertandang dan memberikan pengisian di UIAM. Maka, saya memilih UIAM. Prof Dr Abullaith al-Khair Abadi dari India menjadi penyelia saya. Semasa saya di UIAM saya mengembara mendapatkan sanad hadis di India atas surat menyurat penyelia saya. Tiga tahun saya di UIAM.

๐—›๐—ถ๐—ธ๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐—จ๐—œ๐—”๐— 

Ada hikmahnya ALLAH menakdirkan saya di UIAM. Di samping saya dapat belajar, saya juga dapat berhubungan dengan ramai sahabat-sahabat yang sehingga hari ini masih aktif di bidang dakwah. Semasa di UIAM usia saya di penghujung usia 20-an memasuki 30an. Semangat muda. Sedangkan hari ini sudah lama larut dalam era 40an. Semangat muda masih ada, tapi banyak yang diragut oleh zaman dan pengalaman. Ketika itu, nama saya mula dikenali selepas berdebat dengan Saudara Astora Jabat siri pertama. Saya belum bergelar Dr. Selepas baru mendapat Ph.D, saya berdebat lagi dengannya siri kedua di DBP.

๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ธ ๐—ž๐—ฎ๐˜†๐—ฎ

Di UIAM, saya muda didampingi oleh para pelajar ijazah pertama khususnya. Banyak siri-siri kuliah dan ceramah saya diadakan untuk pelajar. Ini semua atas usaha sendiri. Saya masih ingat, ketika itu biasiswa saya tidak banyak. Saya tinggal sebahagian untuk isteri dan anak-anak yang masih kecil di kampung, saya bawa sebahagian untuk urusan pengajian. Apabila mula didampingi oleh adik-adik pelajar, saya sebagai โ€˜seniorโ€™ sering membawa mereka yang aktif makan atau belanja mereka. Tujuan saya untuk mendapatkan ruang dakwah. Saya โ€˜berlagakโ€™ macam ada duit dengan selalu membayar makan, padahal hakikat tidak demikan. Di luar macam โ€˜ada duitโ€™, di bilik saya hanya makan roti dan mee segera jimat bajet yang telah digunakan untuk dakwah. Namun, semangat dakwah dan jiwa berkobar ketika itu -alhamdulillah- saya mampu. 

๐—”๐—ธ๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ

Kami membuat banyak program pengajian. Banyak siri ceramah saya dibuat atas usaha dan bantuan pelajar. Ratusan pelajar menghadiri kuliah saya. Ia rentas aliran politik dan kumpulan. Satu arus baru ketika itu. Isu-isu hadis menjadi tajuk saya. Ramai pelajar aktif membantu saya. Kami begitu rapat. Semasa Ramadan begitu meriah berbuka bersama. Antara aktivis program ketika itu Dr. Irwan Ariffin, Ustaz Abdul Razak Mutalib, Mohd Khairil Anwar (IJN), Saudara Amin Idris, Ustaz Malik Isa, Ustaz Yusof Arbain, Saudara Jufitri Joha, Ustaz Husnin bin Ahmad, Saudara Ruzaini dan ramai lagi. Ramai yang menjadi tokoh-tokoh penting di tempat mereka. Sehingga hari ini ramai juga sahabat-sahabat itu masih berhubungan baik dengan saya. Ramai mereka terus membantu saya sehingga kini alhamdulillah. Antara siswi yang aktif membantu aktiviti kami ialah Ustazah Rabiatul Adawiyah Hj. Ahmad, Saudari Haslina, Ustazah Sakinah dan ramai lagi.

๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ป

Dua hari lepas saya mendapat berita kematian Ustazah Rabiatul Adawiyah. Ia sangat mengejutkan saya. Sudah lama saya tidak berhubung dengan beliau. Dahulu semasa saya di UIAM, beliau sering aktif mendapatkan dewan untuk kami berprogram. Beliau sering merancang dan mengatur. Selepas tamat UIAM, beliau kembali ke Pahang. 

๐— ๐˜‚๐—ณ๐˜๐—ถ ๐—ž๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ

Saya pula selepas mendapat PhD, bertugas di USM sebagai pensyarah. Selepas 3 tahun bertugas saya dijemput menjadi Mufti Perlis kali pertama (2006-2008) pada usia 35 tahun. Dalam kesibukan tugas dan isu-isu panas, banyak berita tentang sahabat-sahabat itu tidak sampai kepada saya kecuali yang hadir ke Perlis. Selepas tamat sebagai Mufti Perlis kali pertama (Disember 2008), saya terus ke Wales, UK. Sembilan bulan saya di sana (2009). 

๐——๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐˜„๐—ฎ

Kemudian saya pulang ke Malaysia. Pada 2009 juga, bermula dari episod bantahan โ€˜kelompokโ€™ tertentu apabila saya ditawarkan oleh PM ketika itu sebagai DiPertua YADIM, diikuti dengan saya didakwa oleh JAIS atas tuduhan ceramah tanpa tauliah di Selangor. Kes itu telah โ€˜memasyhurkanโ€™ saya di seluruh negara dan luar negara juga. Liputan muka hadapan akhbar selama seminggu. Saya mula dihubungi oleh semua pihak, dalam dan luar negara. Banyak tawaran yang saya dapat. Banyak tokoh-tokoh politik dalam negara yang mula berhubung baik dengan saya. Beberapa tahun saya didakwa, dan akhirnya keputusan mahkamah berpihak pada saya. Namun, kes itu mula menjadikan saya sibuk dengan dunia yang baharu.

Rantaian dan rangkaian fitnah saya lalui satu persatu selepas itu. Di samping banyak kurniaan ALLAH juga melingkungi hidup saya. Alhamdulillah.

๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚

Selepas itu perisitiwa JAIS, saya mula mendapat beberapa peluang. Bermula dengan Japan Foundation menjemput menyertai program lawatan ke Jepun dan berkenalan dengan budaya intelektual mereka. Dua minggu saya di sana menambahkan saya satu pengalaman yang baru. Kemudian, saya mendapat tawaran dari British Council menjadi fellow di Oxford Centre for Islamic Studies, UK. 

Hampir setahun saya di sana (2011-2012). Tinggal sendirian tanpa keluarga. Saya hadiri pelbagai program dan berinteraksi dengan dimensi pemikiran pelbagai. Saya hadiri siri-siri program di Oxford Union dan kuliah Dr Tariq Ramadan dll. Saya tinggal dengan seorang ahli tarekat (Pakistan), seorang ilmuwan Syiah (Iran) dan seorang atheist (Iran). Hampir setiap hari kami berdialog. Sudut pandang kami berbeza, tapi kami makan semeja. Mempelajari dari satu sama lain perkara baru. Bersetuju untuk tidak bersetuju. Bersahabat dalam keadaan tidak bersetuju.

๐—ฆ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป Pendosa

Semasa di Oxford, masjid merupakan tempat saya menegapkan keyakinan dan kekuatan. Cumanya, saya tinggal di Broad Street, masjid agak jauh. Setiap pagi, saya berjalan hampir 4-5 kilometer untuk membolehkan saya solat Subuh berjamaah. Saya pernah beli basikal, tapi malangnya dicuri. Dalam mengah dan payah, saya berusaha untuk tetap hadir awal pagi ke masjid. Kadang-kala saya sampai awal, masjid belum dibuka, betapa saya merasai kesejukan pagi tapi kesyahduan menjadikan kita lupa segala.

Solat dan sujud merupakan jantung kehidupan kita semua. Segala masalah dan harapan kita pohon agar ALLAH tunaikan dan pilih perjalanan seterusnya dalam kehidupan yang sementara ini. Seluruh cabaran kehidupan itu kerdil di hadapan kehendak ALLAH Yang Maha Agung. Hanya padaNYA insan bertawakkal.

Adapun diri ini, saya benar-benar yakin dan tahu betapa saya seorang pendosa. Dalam keadaan penuh dosa ini pun, ALLAH telah memperlihatkan kepada saya pelbagai keajaiban dalam hidup ini. Tahajjud dan Subuh berjemaah di masjid memberikan kekuatan kepada setiap insan termasuklah si pendosa seperti saya. 

๐—Ÿ๐—ผ๐—ป๐—ฑ๐—ผ๐—ป

Kemudian saya pulang sekitar 2 tahun ke Malaysia mengajar di USM. Selepas itu saya kembali ke UK untuk sabbatical di SOAS London (2014). Di sana saya mula terlibat dengan aktiviti di London Central Mosque. Sendirian saya di London menjadikan jiwa saya sentiasa berada di masjid. Saya kenali wajah-wajah baru. Saya mendampingi aliran-aliran yang saya tidak mesra mereka sebelum itu. Saya menghadiri siri-siri ceramah para pencinta Maulana Jalaluddin al-Rumi dan lain-lain. Saya ada dimensi saya tapi sekurang-kurangnya saya mengambil masa mendekati dan merasai.

Di London, dalam kesejukan setiap pagi, dari Church Street, saya merentasi lorong-lorang yang gelap untuk sampai ke masjid. Saya bertawassul kepada Allah dengan kesungguhan itu. Doa saya agar Allah membimbing saya, membaiki urusan saya dan menentukan kebaikan perjalanan seterusnya. KepadaNYA diserahkan segala urusan. Semasa di London, saya rasa saya betul-betul menikmati fadilat ู„ุง ุญูˆู„ ูˆู„ุง ู‚ูˆุฉ ุฅู„ุง ุจุงู„ู„ู‡. Saya berusaha mengungkapkan sebanyak-banyaknya kerana ketika saya tertanya-tanya ke mana akhirnya episode cerita saya ini.

๐— ๐˜‚๐—ณ๐˜๐—ถ ๐—ž๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ

Belum sempat saya habis sabbatical di London, saya atas perkenan DYMM Raja Perlis, saya ditawarkan sekali lagi kembali menjadi Mufti Perlis. Ketika, itu saya berfikir panjang tentang perjalanan hidup ini. Semasa awal saya dikenali dengan Mufti Perlis, kemudian bekas atau mantan Mufti Perlis dan kini ingin kembali sebagai Mufti Perlis lagi. Kalau dahulu saya menjadi mufti yang paling muda dalam sejarah Malaysia, dan kini nak jadi mufti kali kedua pula. Kedua hal itu tidak pernah berlaku sebelum ini. 

Saya tahu, saya akan keluar dari dunia saya yang โ€˜tenangโ€™ ketika itu ke medan pertempuran semula. Namun, apabila mengingatkan doa Nabi s.a.w yang selalu diungkapkan dan saya juga sering mengajak orang lain mengungkapkannya iaitu:

ูŠุง ุญูŽูŠูู‘ ูŠุง ู‚ูŠู‘ูˆู…ู ุŒ ุจูุฑูŽุญู’ู…ูŽุชููƒูŽ ุฃุณู’ุชูŽุบููŠุซู ุŒ ุฃุตู’ู„ูุญู’ ู„ููŠ ุดูŽุฃู†ููŠ ูƒูู„ูŽู‘ู‡ู ุŒ ูˆูŽู„ุง ุชูŽูƒูู„ู’ู†ููŠ ุฅู„ู‰ ู†ูŽูู’ุณููŠ ุทูŽุฑู’ููŽุฉูŽ ุนูŽูŠู’ู†ู

โ€œYa Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mataโ€, saya berharap dengan keberkatan doa itu ALLAH kasihani dan membaiki urusan saya.

๐—ข๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐˜€

Saya akhirnya, kembali lagi menjadi Mufti Perlis. Sudah masuk lima tahun saya di Perlis. Bahkan kali ini, saya menjual, juga mewakafkan rumah dan tanah saya di Bukit Mertajam kemudian membeli tanah dan membuat rumah di Perlis. Saya membina rumah di satu kawasan yang bagi saya benar-benar kurniaan ALLAH. Indah dan nyaman. Saya betul-betul berakar di Perlis.

๐—๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป

Sejak dahulu sehingga kini banyak pelawaan yang saya terima. Terbaru, ada yang โ€˜bunyi jawatanโ€™ itu lebih โ€˜gahโ€™ dari jawatan mufti, tapi saya menolaknya. Ada pihak yang apabila membantah pendirian saya dengan pihak tertentu, menuduh saya menginginkan jawatan tertentu. Tidak demikian. Mereka boleh bertanya dengan pihak yang terlibat dan apa jawapan saya, walaupun berulang kali diajukan jawatan itu pada saya. Apabila kita bersetuju dengan satu pihak bukanlah bererti kita ingin mengambil habuan dari kemenangan mereka. Hidup dibina atas apa yang kita yakin benar, atau lebih benar, atau kurang mudarat secara perbandingan.

๐—–๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป

Saya masih hidup dan sedang meneruskan diari kehidupan saya. Banyak cabaran yang saya hadapi dalam dunia dakwah. Bukan sedikit asam garamnya. Luka dan cedera mainan di medan pertempuran. Alhamdulillah, saya masih berdiri dengan izin Allah. Dalam doa kita, kita menyerahkan hidup ini sepenuhnya kepada ALLAH. Kita memohon rahmat, keampunan, hidayah, kemudahan, kurniaan, kebaikan dan rezeki daripadaNYA. Itulah rintihan kita semua setiap waktu tahajjud saban malam. Apatahlagi, di Bulan Ramadan ini.

Apabila mengenangkan ranjau perjalanan, bukan sedikit cabaran dan fitnah yang saya hadapi. Betapa banyak tuduhan yang tidak benar. Betapa banyak perancangan yang buruk. Kata-kata jahat. 

Individu seperti Abu Syafiq yang terkenal sekarang kerana isu Saudara Ebit Liew, sejak dahulu sangat dahsyat perkataannya ketika dia mencerca saya. Demikian Zamihan dan beberapa orang yang lain. Tidak terbayang buruknya perkataan mereka. Dahsyat cercaan mereka sehingga wajah dan nama sebahagian mereka saya ingat dan sebut semasa sujud dan berdoa kepada ALLAH. 

Namun, sebagai seorang hamba pendosa, semuanya baik untuk saya. Semoga itu semua menghapuskan dosa saya dan menjadikan saya selalu bermunajat kepada Allah atas duri dan ranjau itu. Alhamdulillah, saya menyaksikan bahawa janji-janji ALLAH itu benar. Hari demi hari, masa demi masa, ALLAH tidak lupa walaupun kita sering lupa. Hari-hari mendatang tiada siapa yang dapat menduga. Kehendak ALLAH mengatasi segalanya.

๐—ž๐˜‚๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป

Pun begitu nikmat ALLAH kepada saya hamba yang penuh dosa ini amatlah besar. Di samping ujian, DIA mengangkat saya di pelbagai pentas dalam dan luar negara walaupun saya tidak layak. DIA memberikan pelbagai kurniaan besar walaupun tidak sepadan dengan saya. Saya diraikan di dalam majlis dan di luar majlis. Ramai yang ingin berjumpa saya , alhamdulillah. Apabila memikirkan hal itu, betapa saya syukur dan merasakan kesemua ini hanyalah kerana DIA menerima doa saya sekalipun saya tidak memenuhi syarat kelayakan. Saya hanyalah pendosa yang diberikan kurnia atas rahmatNYA yang luas.

Perjalanan hidup mesti diteruskan. Cabaran adalah rempah ratus kehidupan. Kesibukan hidup kadang-kala menjadikan kita lupa sebahagian peristiwa yang kita lalui. Dari mana kita dahulunya, siapakah yang pernah bersama kita dan apakah peristiwa-peristiwa yang membawa kita ke dataran yang ada.

๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป

Apabila saya mendengar pemergian Ustazah Rabiatul Adawiyah saya termenung. Lama saya tidak menyebut namanya. Tidaklah pula saya tahu perjalanan kisahnya selepas UIAM. Hanya sekali saya ziarah beliau selepas era UIAM. Saya tanya khabar beliau. Beliau berkata: โ€œAlhamdullillah, saya selalu ikuti perkembangan Ustazโ€. Saya rasa serba salah ketika itu. 

Betapa sebagai insan yang lemah, saya tidak dapat santuni semua insan yang pernah berjasa pada saya. Hanyalah saya selalu ungkapkan dalam doa sujud saya โ€œYA ALLAH untuk semua yang pernah melakukan kebaikan untukku, berikanlah kebaikan untuk merekaโ€. Itulah yang sering saya sebut mengenangkan kekurangan saya dalam membalas jasa mereka.

Kisah kehidupan beliau di dunia ini telah pun berakhir. Kami kenal dalam satu usaha dakwah, kemudian masing-masing dengan kehidupan yang ada. Roda kehidupan itu berputar, ia bergolek di lembah dan lorong yang kita duga dan tidak kita duga. Ia membawa kita kepada pelbagai episode yang kita sangka dan tidak kita sangka. Jauh meninggalkan hari-hari awal yang kita pernah lalui.

๐—ž๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ

Dari segi usia, saya menyangka sayalah yang akan pergi dahulu. Namun, ALLAH menentukan segalanya. Kami semua mungkin tidak sangka apa yang akan terjadi pada selepas kami semua meninggalkan UIAM. Kita semua mempunyai kisah kehidupan yang tersendiri. Apapun gelaran dan nama, gah ataupun biasa, penilaian sebenar di sisi ALLAH. Sesiapa yang keluar dari dunia ini menuju ke syurga maka dia berjaya. Sesiapa yang keluar dari dunia menuju ke neraka maka dia dalam celaka. Justeru, apapun kisah dan cerita kehebatan di dunia tidak bermakna jika akhirannya neraka. Apapun kepayahan dan derita di dunia semuanya kerdil dibandingkan nikmat syurga.

Saya tulis ini sekadar sebuah coretan. Tiada sebarangan kelebihan saya melainkan catatan pengalaman seorang pendosa. Ia bukan satu pujian tapi sekadar pengalaman. Sekadar coretan ringkas kenangan dalam satu tempoh kehidupan. Akhirnya, marilah kita mendoakan keampunan dan rahmat untuk Ustazah Rabiatul Adawiyah yang telah meninggalkan kita.