Loading

Ramai ibu bapa yang tidak mahu menghafal al-Quran sendiri dengan bermacam alasan, “dah tua susah hafal-lah”, “tak berapa pandai baca-lah” dan macam-macam lagi alasan kan? 

Lepas tu serahkan ‘tugasan berat’ ini kepada anak atau cucu, sedangkan faedah al-Quran itu adalah untuk diri sendiri dan bekalan buat diri sendiri jua di akhirat kelak.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Ibn ‘Abbas RA: 

إنَّ الَّذِي لَيْسَ في جَوْفِهِ شَيْءٌ مِنَ القُرْآنِ كَالبَيْتِ الخَرِبِ

“Seseorang yang tidak mempunyai sebarang al-Quran pun dalam hatinya adalah umpama sebuah rumah kosong (yang terbiar usang)” [Riwayat al-Tirmidzi yang menilainya “Hasan Sahih”].

Semakin kosong diri kita dari al-Quran, semakin usang dan semakin kurang nilai kita di sisi Allah kelak.

Sebagaimana kita akan jatuh cinta melihat rumah yang berhias indah, hiasilah diri, hati, lisan dan hidup kita dengan al-Quran supaya Allah mencintai kita.

Lebih banyak hafalan kita, lebih lengkap ‘perabot’ dan lebih indah ‘dekorasi rumah’ kita!