1. Selawat kepada Rasulullah sallallah alaih wasallam adalah wajib ke atas kaum Muslimin. Solat tidak sah jika tidak berselawat kepada baginda menurut mazhab Syafie. Ada keadaan tertentu pada tempat yang lain di luar solat, tidak disukai seseorang berselawat kepada Rasulillah dalam beberapa situasi khusus.
2. Perkara ini ada dibahaskan dalam kalangan ulamak silam yang berakidah Asyairah. Tiada kaitan dengan fahaman salafi ataupun wahabi.
Badr al-Din al-‘Ayni berkata:
ويحرم التسبيح والتكبير والصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم عند عمل محرم كما إذا سبح أو كبر أو صلى على النبي صلى الله عليه وسلم في مجلس الفسق أو اللهو، على أنه يعمل عمل الفسق: فهو حرام يأثم فيه
“Dan diharamkan tasbih, takbir, selawat kepada Rasulullah contohnya seperti seseorang bertasbih, bertakbir, selawat ke atas Nabi sallallah alaih wasallam ketika melakukan perkara yang haram pada majlis maksiat ataupun hiburan (haram). Dia menyebutkan kalimah suci/selawat itu ketika melakukan amalan perbuatan fasiq tersebut. Maka perbuatan itu haram dan dia berdosa melakukannya”
Dalam teks di atas jika dalam majlis maksiat, haram Selawat ketika melakukan perkara haram tersebut.
Bagaimana pula jika berselawat sambil mengajarkan akidah yang menyeleweng dan bercanggah dengan akidah Islam bahkan menjurus kepada kesesatan?
Antara maksiat dengan perkara bercanggah dengan akidah yang menyamai dengan agama kafir, perkara bercanggah dengan akidah lebih berbahaya. Sebab itu, dinukilkan ada ulamak salaf pernah berkata:
البدعة أحب إلى إبليس من المعصية
“Bidaah (dalam akidah) itu lebih dicintai iblis berbanding maksiat”
3. Para ahli ilmu juga mengkufurkan kepercayaan roh arwah boleh berpindah-pindah pada jasad yang lain dengan istilah tanasukh al-Arwah. Ulamak Asyairah yang bermazhab Maliki iaitu Imam al-Dardir berkata:
ويكفر إذا قال بتناسخ الأرواح ، أي : إن من قال بأنّ من يموت تنتقل روحه إلى مثله ، أو لأعلى منه إن كانت في مطيع ، أو لأدنى منه ، أو مثله إن كانت في عاصٍ فهو كافر ؛ لأن فيه إنكار البعث
” Dan kufur jika seseorang berkata (berkepercayaan) dengan tanasukh al-Arwah, ataupun seseorang itu berkata orang yang mati akan berpindah rohnya kepada orang yang sama taraf (sama level) dengannya, ataupun berpindah kepada orang yang lebih tinggi daripadanya jika ia seorang hamba yang taat, ataupun pergi berpindah kepada orang lebih rendah daripadanya ataupun sama level dengannya jika dia seorang yang fasiq, kepercayaan seperti ini adalah kafir kerana mengingkari hari kebangkitan”
Kepercayaan seperti ini dapat membawa kepada kekufuran. Namun, kita tidak menghukum terus secara khusus kepada pelakunya sehingga hujah dapat ditegakkan ke atasnya oleh pemerintah dan autoriti agama. Namun, saya bawakan nukilan ini untuk tunjukkan kepada netizen semua betapa seriusnya isu ini.
4. Ada yang bertanya, mengapa sakit hati dengar orang berselawat. Kita katakan, kita tidak sakit hati dengan selawat. Kita sakit hati mendengar nama Rasulullah sallallah alaih wasallam disebutkan diselang seli ketika mengajar akidah yang menyeleweng. Sehingga orang keliru antara yang haq dan juga batil.
Jika berselawat sambil membaca hadis sahih, kita akan menyokongnya.
Sumber: https://www.facebook.com/DrRozaimiRamle/posts/5780467018647417