Pelengkap kepada kitab Mustolah Hadis

Antara kitab awal yang penting bagi penuntut ilmu yang berminat mendalami ilmu hadis ialah kitab ‘الحطة في ذكر الصحاح الستة’ al Hitthoh dalam menyatakan kitab sahih yang 6 dikarang oleh Abi al Tayyib al Sayyed Siddiq Hassan Khan al Qanuji 1307H رحمه الله. Pentahqiq kepada kitab ini Al Syeikh Ali Hassan Al Halabi Al Atsari رحمه الله .

Kata Syeikh Ali Al Halabi:

خصائص الكتاب : المصنف لم يتطرق إلى البحث المعروفة في مصطلح الحديث، فكتابه إذن تتميم لكتب المصطلح وليس تكرارها لما فيها.

Keistimewaan kitab: Penulis tidak memuatkan dalam perbahasan kitab ini kepada perbahasan mustolah hadis (seperti kitab kitab mustolah hadis yang lainnya) maka ianya menjadi pelengkap dab bukannya hanya sekadar pengulangan kepada kitab kitab mustolah.

Penamaan kitab ini dengan ‘الحطة’ yang boleh difahami sebagai ‘perhentian’ atau ‘stesen’ adalah suatu pinjaman seolah olahnya penulis رحمه الله menginginkan kepada pembacanya suoaya menjadikan ianya sebagai rujukan yang tidak perlu kepada mencari sumber ditempt yang lainnya.

6 kitab utama

Penyebutan ‘SAHIH’ terhadap kitab hadis yang 6 ini bukan lah bermakna kesemua kitab utama yang 6 ini adalah sahih. Ianya hanya dari keumuman terhadap kesemua kitab tersebut.

وتسميتها بالصحاح الستة بطريق التغليب

Ini bermakna pemutlakan dengan kata sahih itu terhadap 6 kitab tersebut dari sudut kebanyakkan hadis hadisnya sahih.

Kata Syeikh Ali al Halabi

هذا حق لا ريب فيه

Ini adalah benar tanpa syak lagi ( secara umumnya kebanyakkan hadis hadisnya sahih)

Penulis memulakan kitabnya dengan 2 muqaddimah penting iaitu:

1- Kelebihan ilmu dan ulamak secara umum;

2- Kelebihan ilmu hadis dan muhaddis secara khusus.

Kemudian pada bab yang pertama penulis menyebutkan prinsip prinsip penting yang bersangkutan ilmu hadis

Bab kedua membincangkan pecahan pecahan ilmu hadis dan yang bersangkutan dengannya

Pada bab yang ketiga pula tingkatan tingkatan kitab kitab hadis

Seterusnya pada bab yang keempat ianya adalah perbahasan utama kitab ini iaitu kitab hadis yang 6 dan perkara yang berkaitan dengannya. Disamping itu ditambah juga perbahasan kitab al Muwattho dan Musnad Imam Ahmad.

Pada bab yang terakhir iaitu bab kelima penulis membentangkan biografi Imam imam yang 8 iaitu al Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al Tirmizi, al Nasaie, Ibn Majah, Imam Malik dan Ahmad bin Hanbal.

Kesemua yabg diringkaskam ini membuatkan kitab ini merupakan antara kitab kitab yang awal dan penting bagi para penuntut yang ingin memulakan pengajian ilmu hadis sebelum memulakan pengajian Mustolah hadis. Atau sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh al Muhaddis Ali Hassan Al Halabi yang mentahqiq kitab ini ianya sebagai pelengkap kepada kitab kitab mustolah hadis.

Semoga bermanfaat.

Penulis: Ustaz Mohd Khairil Anwar, kini bertugas sebagai Muslim Chaplain @ Kaunselor di Institut Jantung Negara.

Sumber: https://www.facebook.com/UstazMKA/posts/2955440504785076