Loading

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas, Nouman Ali Khan tidak dibenarkan menyampaikan kuliah dan ceramah agama bagi program yang akan berlangsung di Kuala Lumpur. 

Ia berikutan beberapa program yang menampilkan penceramah popular itu tidak mendapat kelulusan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menurut kenyataan hari ini. 

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab status permohonan menjalankan program Story Night: Rise Above dan Qur’an Intensive.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Wilayah Persekutuan, yang berlangsung pada 29 September lalu tidak meluluskan permohonan penceramah tersebut bagi mendapatkan Tauliah Mengajar Agama Islam (Khas) untuk program itu, demikian menurut kenyataan. 

Program Story Night: Rise Above yang bakal berlangsung pada 6 Oktober 2022 bertempat di Dewan Wawasan Menara PGRM, Jalan Pudu Ulu, manakala program Qur’an Intensive yang bermula 4 hingga 12 November 2022 di Masjid Wilayah Persekutuan. 

Nouman merupakan pendakwah Islam dan penceramah bebas yang telah menerbitkan beberapa buku agama seperti Divine Speech by Nouman Ali Khan dan Revive your heart dan tersenarai sebagai salah seorang daripada 500 orang Muslim paling berpengaruh di dunia. 

Sumber asal: https://themerdekatimes.com/news/2022/09/penceramah-bebas-nouman-ali-khan-tidak-dibenarkan-menyampaikan-ceramah/