Usul Fiqh tidak semudah ini. Saya ingin jelaskan pandangan al-Syatibie dan Ibn Hajar al-Haitami al-Syafie bahawa setiap ibadat yang tidak dilakukan di zaman Nabi saw sedangkan ada keperluan untuk ia dilakukan di zaman Nabi dan tiada halangan untuk dilakukan maka sunnah nya ia tidak dilakukan. (Rujuk: al-I’tisom, hal. 362, al-Fatawa al-Hadithiah, hal. 200)
Kejutkan orang tidur adalah satu keperluan di zaman Nabi saw dan tiada halangan untuk baginda lakukan Tarhim jika ia sunnah. Tapi baginda tidak lakukan melainkan hanya azan dua kali, sekali sebelum subuh dan sekali ketika waktu subuh.
Tidak cukup hanya sekadar dalil umum.
Jika benar dalil umum sudah cukup, kenapa ulama Mazhab Syafie tidak benarkan azan untuk solat hari raya dan solat dhuha? Kenapa tidak azan untuk solat qiyamullail? Bukankah dalil azan untuk solat itu umum? Di mana dalil larangan khusus azan pada waktu ini?
Mengapa Ibn Hajar tidak benarkan solat sunat sempena Saie? Mengapa tidak qiyaskan dengan solat lepas tawaf? Di mana dalil larangan solat saie? (Rujuk: al-Fatawa al-Hadithiah, hal. 200)
Azan 2 kali ada nas..bagaimana mungkin kita menggunakan qiyas di tempat yang ada nas khusus? Bukankah kaedah fiqh mengatakan:
لا قياس في مورد النص
Maksudnya: tiada qiyas pada tempat yang ada datangnya nas.
Ini adalah perbahasan usul fiqh. Tidak cukup hanya alasan “tiada larangan”.