Loading

Saya melihat ada 2 kesilapan pada penjelasan Saudara Don Daniyal ini:

1. Dakwaan Orang Mati Disebabkan Covid-19 Syahid Dunia.

Di awal video, beliau mengatakan orang mati disebabkan Covid-19 ialah syahid dunia. Sedangkan ini adalah akhirat bukan syahid dunia. Syahid dunia ialah orang yang mati di medan perang tetapi tidak berniat untuk menegakkan kalimah Allah. Di dunia dia tidak dimandikan, dikafankan dan disolatkan. Tetapi di akhirat dia tidak dikira sebagai syahid.

Tetapi di akhir video beliau telah membetulkannya semula. Saya kira mungkin Saudara Don terlepas cakap (Sabq al-Lisan). Ini biasa dalam ceramah agama. Saya juga adakalanya terlepas cakap dalam keadaan tidak sedar.

2. Orang mati disebabkan Covid-19 tidak dimandikan kerana mati syahid.

Ini kekeliruan dari Saudara Don. Mati disebabkan Covid-19 dianggap oleh ulama sebagai syahid akhirat. Syahid akhirat ialah mereka yang dimandikan, dikafankan dan disolatkan di dunia. Tetapi di akhirat mendapat pahala syahid.

Oleh kerana itu, orang yang mati disebabkan Covid-19 disolatkan. Manakala isu mandi mayat bagi mereka tidak dapat dilakukan kerana kebimbangan jangkitan virus bukan disebabkan status syahid akhirat.

Syahid yang tidak perlu dimandikan, dikafankan dan disolatkan ialah mereka yang terkorban di medan peperangan.

Moga Saudara Don Daniyal menarik balik kenyataan mengelirukan ini.

P.S: Video penuh boleh ditonton di sini: https://www.instagram.com/p/CR1gW25oiGy/

Sumber: https://www.facebook.com/DrRozaimiRamle/posts/4778784702148992