Hari ini kita laungkan lagi..
‘merdeka!!!’ buat sekian kali..
dari hari ia bergelar pertiwi
cinta kita tak pernah berbelah bahagi
di sini tempat kelahiran..
di sini kita dibesarkan..
memijak buminya, tempat berjalan
menghirup airnya, mengalir di badan
maka, inilah watan!
tiada siapa yang dapat menafikan
kitalah anaknya..
kitalah penduduknya..
dalam pelbagai watak, rupa dan cara
watan kita tetap sama
cinta kita padanya seiya sekata
kita mungkin berbeda cara,
tapi watan kita tetap sama..
kita mungkin berbeda minda,
tapi watan kita tetap sama..
kita mungkin berbeda rasa,
tapi watan kita tetap sama..
kita mungkin berbeda gaya,
tapi watan kita tetap sama..
dalam berbeda, kita bersama
atas satu cinta dan cita yang serupa
ingin kebaikan untuknya, marahkan penderhakanya
ini watan kita, ini watan bersama
cinta watan itu terus tersergam
siapa yang khianat kita terkam
siapa yang memusnahkannya kita tikam
siapa yang menindas jelatanya kita rejam
siapa yang menipu penduduknya kita hentam
kerna cinta pada watan kita tak pernah suram
sesiapa yang bersumpah kasihkan watan
dialah teman dan dialah rakan
airmata darah dia dan kita bercampuran
atas tekad; sayangkan watan rela berkorban
justeru..
watan ini watan bersama
rakyat dan penguasanya
tiada beza antara kita
selagi cinta tersemat di dada
watan ini untuk semua anaknya..
drmaza
30 Ogos 2016
Kangar Perlis.
Sumber : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=10154505412347990&id=279290772989