Loading

Sedih mendengar berita kemalangan yang membabitkan kematian seorang ibu dan lapan anaknya.

Tak terbayang perasaan si suami atau ayah yang kehilangan kesemua jantung hatinya ini sekaligus.

Kepiluan dan kesedihan ketika menatap jenazah mereka. Betapa sunyinya rumah beliau selepas ini.

Segala gelak tawa mereka di kereta dan rumah tidak akan kedengaran lagi.

Pastinya air mata beliau mencurah tumpah umpama hujan yang sedang lebat ketika ini. Berat sungguh ujian ini ya Allah.

Kami rakyat Malaysia mengucapkan kalimah takziah yang diajarkan oleh Nabi kita ﷺ ketika Baginda mendapat berita akan kewafatan cucunda kesayangan Baginda:

إن لله ما أخذ، وله ما أعطى، وكل شيء عنده بأجل مسمى، فاصبر واحتسب

“Apa yang Allah ambil adalah milik-Nya dan apa yang Dia berikan juga adalah milik-Nya. Segala sesuatu di sisi-Nya itu ada tempoh yang telah ditentukan, maka bersabarlah dan pohonlah pahala (atas kesabaran dan musibah tersebut)” [hadis riwayat al-Bukhari].

Ucapkanlah “alhamdulillah” dan “innalillah” atas ujian berat ini, dan tetapkanlah kesabaran, nescaya syurga buat kalian.

Rasulullah ﷺ bersabda: إذا مات ولد العبد، قال الله تعالى لملائكته: “قبضتم ولد عبدي؟”فيقولون: “نعم”.

Apabila anak kepada seorang hamba itu meninggal dunia, Allah berfirman kepada malaikat-Nya: “Kamu telah mencabut nyawa anak hambaku?”.Malaikat menjawab: “Benar”.

فيقول: “قبضتم ثمرة فؤاده؟”فيقولون: “نعم”.

Allah berfirman lagi: “Kamu telah mencabut nyawa buah hatinya?”.Malaikat menjawab: “Benar”

.فيقول: “ماذا قال عبدي؟”فيقولون: “حمدك واسترجع”.

Allah bertanya lagi: “Apa yang diucapkan oleh hamba-Ku itu?”.

Para malaikat menjawab: “Dia memuji-Mu (mengucapkan alhamdulillah) dan mengucapkan istirja’ (inna lilahi wa inna ilaihi raji’un)”.

فيقول الله تعالى: “ابنوا لعبدي بيتاً في الجنة، وسموه بيت الحمد”.

Kemudian Allah berfirman: “Binakan buat hamba-Ku itu sebuah rumah di syurga, dan namakan ia dengan Rumah Pujian” [riwayat al-Tirmidzi].

Takziah dari kami.

Sumber: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=3260177214210495&id=1743258955902336